Kenapa Prudential BSN Takaful MAHAL?
Siang tadi, ade seorg minta sy kirakan utk dia satu keluarga. Tapi dia request, satu polisi utk satu family dan satu harga.
Sy kata padanya, sistem polisi PruBSN mmg satu org satu polisi kiraannya. Mmg ade company lain yg buat SATU FAMILY SHARE SATU POLISI. Mmg murah berbanding ambil dgn PruBSN.
Tapi, semua itu ada sebabnya. Jenis polisi yg sedemikian biasanya, benefit dan coverage dikongsi bersama. Jika salah seorg ahli dah claim byk, maka nasib yg lain tentunya tidak terjamin.
Kemudian, sekiranya penama utama spt ayah misalnya, meninggal dunia. Maka polisi itu juga akan ikut sama tamat. Jadi anak2 dan isteri kena buat application insurance yg baru.
Pastinya harga akan bertambah sbb umur masing2 yg dah meningkat. Nasib lagi bertambah teruk jika ada salah seorg yg disahkan mghidap sakit kritikal. Pasti tidak akan layak lagi utk permohonan insurans.
Berbeza dgn PruBSN, jika salah seorg ibu atau bapa yg meninggal dunia atau sakit kritikal atau cacat kekal. Maka premium bulanan anak2 akan jadi percuma sampai anak2 berusia 25 tahun.
Manakala, pasangan suami atau isteri yg masih hidup, premium bulanannya akan jd percuma sampai tempih matang.
"Mana blh samakan harga kancil dgn mini cooper."